(2).dlm.KKM-163/S25.JLD.127 |
Laetrile, Vitamin B-17 atau Amigdalin
Laetrile, Vitamin B-17 atau
Amigdalin merupakan kimotherapi secara semulajadi dan boleh di dapati
pada 1,200 jenis tumbuh-tumbuhan terutamanya pada biji dan buah seperti
apricot, pic, buah plum epal dan lain-lain. Ia terdiri dari komponan
glucocide dan radikal sianida “bio-accessible”. Ini bermaksud ia dapat
menembusi membran selular sehinggalah kepada intrasel dengan tepat dan
mudah.Sel-sel kanser, tidak kira jenis kanser, dikenali sebagai
Trophoblasts ( Sila rujuk kepada pautan bagi paparan Tesis Trophoblastic Kanser seperti berikut : http://www.worldwithoutcancer.org.uk/
Sel-sel trophoblasts ini
mengandungi satu enzim dipanggil Beta-Glucosidase, B17 (Amygdalin)
merupakan sebuah alat untuk membuka kunci enzim ini . Bila B17 ini
berjumpa dengan enzim beta glukosidase, B17 terurai untuk membentuk dua
molekul glukosa, satu molekul benzaldehid dan satu molekul hidrogen
sianida (HCN). Untuk pengetahuan anda hanya badan atau tubuh manusia
yang mempunyai sell kanser sahaja mempunyai enzim ini ( Enzim
Beta-glucosidase ). Sedangkan pada tubuh manusia norma enzim ini tidak
ada. Enzim ini akan terbentuk di sekitar dinding sel kanser, enzim ini
amat di perlukan oleh sel kanser untuk proses pembesaran. Sel kanser
tidak dapat hidup jika tidak ada enzim ini.
Jika tiada sel-sel kanser
dalam badan, tiadalah beta glukosidase. Jika sekiranya tiada beta
gllucosidase, tidak HCN akan terbentuk dari Laetrile, B17 atau
Amigdalin. Sel-sel normal dalam organisma kita mengandungi satu enzim
dipanggil Rodhanese yang "meneutralkan" Amygdalin. Enzim ini tidak
membenarkan Amygdalin untuk membebaskan sianida. Dalam cara ini,
Amygdalin cuma digunakan sebagai glukosa untuk sel-sel yang sihat dan
menyediakan tenaga.
Rodhanese dari sel normal
berfungsi untuk meneutralkan Hcn yang di bebaskan oleh B17 akibat
bertindak balas dengan enzim Beta-glucosidase yang hanya boleh di jumpai
pada sel kanser. Kita juga tahu B17 terurai untuk membentuk dua molekul
glukosa, satu molekul benzaldehid dan satu molekul hidrogen sianida
(HCN) setiap kali bertemu dengan enzim Beta-glucosidase. Dua molekul
glukosa yang di uraikan ini akan di serap oleh sel normal, kesanya sel
normal akan menjadi lebih bertenaga sedangkan benzaldehid dan satu
molekul hidrogen sianida (HCN) tadi di naturalkan oleh Rodhanese.
Sel-sel malignan ( kanser ) tidak mengandungi enzim Rodhanese ini. Oleh kerana sel malignan tidak ada enzim Rodhanese
makan HCN tidak dapat di naturalkan. B17 di aktifkan untuk membebaskan
HCN. HCN terus memusnahkan sel malignan. Dalam situasi tidak di lindungi
oleh enzim Rodhanese.
HCN yang telah di naturalkan
oleh Enzim Rodhanese akan melalui proses Penyah toksin, melalui
kemampuan tisu mamalia dengan kehadiran sebatian sulfur menukarkan
sianida kepada tiosianat. Dan di buang melalui sistem perkumuhan
mamalia.
RM350.00
No comments:
Post a Comment