Pengenalan
Kanser payudara merupakan sejenis penyakit di mana terdapatnya sel-sel kanser (malignan) dalam tisu-tisu payudara.
Penerangan
Kanser payudara boleh berlaku di mana-mana bahagian payudara termasuklah:
• Lobus yang menghasilkan susu
• Duktus yang menghantar susu ke puting
• Tisu lemak payudara (jarang berlaku)
Biasanya,
kanser payudara boleh dibahagikan kepada dua bentuk: invasif dan tidak
invasif. Dalam kanser tidak invasif, sel-sel kanser hanya tertumpu di
kawasan asalnya manakala di dalam kanser invasif, sel-sel kanser
tersebut telah merebak ke tisu-tisu di sekeliling payudara.
Kanser
payudara yang paling biasa berlaku ialah kanser duktus yang terjadi
dalam sel-sel duktus payudara. Kanser lobular pula bermula dari lobus
atau lobul. Kanser jenis ini selalunya terdapat di beberapa tempat dalam
payudara. Kanser payudara inflamasi pula merupakan kanser payudara yang
jarang-jarang berlaku.
Asas Saintifik?
Bagi payu dara yang normal, sel-selnya mengalami pertumbuhan yang terkawal dan teratur.
Hormon
estrogen bertangungjawab dalam pertumbuhan dan pembentukan sel-sel
payudara. Ketidakimbangan hormon dikatakan memainkan peranan yang
penting dalam patogenesis kanser. Walau bagaimanapun pelbagai pencetus
pertumbuhan kanser dan onkogen terutamanya He-2/nev telah dikenalpasti
sebagai penyebab kanser payudara yang penting. Onkogen merupakan gen
yang mungkin bertanggungjawab dalam pembentukan sel kanser. Fungsi gen
ini boleh berubah dan sel-sel boleh terpesong daripada proses kawalan
pertumbuhan sel yang normal. Pembentukan kanser merupakan proses yang
kompleks yang melibatkan pelbagai faktor lain seperti genetik, kawalatur
hormon dan juga keadaan persekitaran.
Perebakan
Kanser payu dara merebak melalui cara-cara berikut :
• Kanser tumbuh dan membesar begitu cepat dan menyerang kawasan setempat. Ia juga akan menyerang kulit dan dinding otot dada.
• Kanser
payu dara merebak ke bahagian limfa melalui saluran darah dan tersebar
ke seluruh badan terutamanya ke bahagian tulang (tulang belakang, tulang
pinggang, tengkorak dan tulang dada), hati, paru-paru, kelenjar adrenal
dan ovari.
• Adalah
dianggarkan jika kanser payudara berukuran 1.6 sm., ia mungkin telah
berada dalam payudara selama sekurang-kurangnya 2 tahun. Pada waktu ini,
sel kanser mungkin telah masuk ke dalam saluran darah ataupun sistem
limfatik dan seterusnya merebak ke seluruh badan.
• Oleh
itu, walaupun ketumbuhan kanser payudara dirasakan tertumpu pada
payudara sahaja, tetapi dianggarkan lebih 35% darinya mungkin telahpun
merebak atau mengalami metastasis.
Faktor-faktor Risiko?
Oleh
kerana anda seorang wanita, anda memilki risiko yang lebih tinggi untuk
mendapat kanser payudara. Namun begitu, terdapat beberapa faktor lain
yang boleh meningkatkan risiko kanser payudara ini.
Faktor Risiko yang Tinggi
1. Umur;
umur merupakan salah satu faktor yang boleh meningkatkan risiko kanser
payudara. Pesakit yang lebih tua memiliki risiko yang lebih tinggi. 1
daripada 500 wanita dalam umur 30'an mempunyai kebarangkalian yang
tinggi mendapat kanser payu dara. Namun begitu, angka ini meningkat
kepada 1 dalam 50 orang apabila umur menjangkau 40 - 45 tahun.
2.
Sejarah keluarga - terdapat juga beberapa bukti bahawa penyakit ini
boleh diwarisi tetapi peranan genetik di dalam hal ini masih belum
difahami sepenuhnya. Wanita yang mempunyai ibu atau anak perempuan atau
kakak/adik yang menghidap penyakit ini mempunyai risiko yang lebih
tinggi untuk mendapat kanser payudara
3.
Sejarah mengidap kanser - pernah menghidap kanser payudara sebelum ini.
Ini mungkin merupakan faktor yang penting dalam pembentukan kanser
payudara.
4. Pernah menghidapi penyakit payudara Benigna Proliferatif
5. Wanita yang berasal dari Amerika Utara/Eropah Utara; insidens dan kematian disebabkan kanser payudara adalah lebih tinggi berbanding dengan negara-negara lain seperti Jepun.
Faktor Risiko Sederhana
1.
Sejarah haid; perempuan yang datang haid lebih awal dan lewat putus
haid memiliki risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit ini.
Telah terbukti bahawa wanita yang telah melalui masa haid lebih dari 40
tahun mempunyai 2 kali ganda risikonya untuk mendapat kanser payudara
berbanding dengan mereka yang melalui haid dalam masa yang pendek.
2.
Sejarah kelahiran; wanita yang tidak memiliki anak atau melahirkan anak
pertamanya pada usia yang lanjut, memiliki risiko yang lebih tinggi
untuk memperolehi penyakit ini. Adalah dipercayai disebabkan oleh
pendedahan kepada estrogen yang berlebihan.
3.
Estrogen eksogenus; wanita yang pernah mengambil estrogen dalam bentuk
pil perancang keluarga ataupun terapi penggantian estrogen lebih
berisiko untuk memperolehi penyakit ini. Ini kerana mereka terdedah
kepada aras estrogen yang tinggi
4. Pernah mendapat kanser ovari atau rahim.
5. Alkohol; terdapat kajian yang telah menunjukkan bahawa ada kaitannya di antara pengambilan alkohol dengan risiko pembentukan kanser payudara.
Faktor Risiko Lain yang Lebih Ringan
Diet
yang tinggi lemak juga mempunyai hubungkait dengan risiko kanser
payudara. Kaitan ini telah dikenalpasti berdasarkan pelbagai kanser
payudara yang menyerang masyarakat yang mengamalkan diet yang berbeza.
Walau bagaimanapun, masih tiada satu bukti yang kukuh untuk menyokong
teori ini dan kajian masih lagi dijalankan untuk mengesahkan perkara
ini.
Insidens
Kanser payudara :
• Merupakan penyebab utama kematian akibat kanser di kalangan kaum wanita di Malaysia
• Biasanya berlaku di kalangan wanita sahaja dan jarang pada lelaki.
• Merupakan salah satu dari kanser yang amat biasa menyerang kaum wanita
• Jarang berlaku pada wanita di bawah umur 30 tahun
• Insidensnya meningkat dengan umur
Tanda-tanda dan gejala
Gejala
utama yang dialami oleh pesakit adalah kehadiran ketumbuhan,
pengeluaran cecair lelehan dari puting, dan sakit atau ketidakselesaan
di sekitar payudara.
• Ketumbuhan
yang terjadi pada pesakit merupakan perubahan utama yang dialami oleh
pesakit. Ketumbuhan ini biasanya tidak sakit dan terdapat pada sebelah
payudara sahaja. Ianya keras dan pejal dan memiliki tepian yang tidak
licin.
• Lelehan yang keluar dari puting kadangkala mengandungi darah dan berair dan datang secara spontan tanpa sebarang rangsangan.
• Apabila kanser telah
melarat dan memasuki peringkat yang lebih berbahaya, payu dara dan
puting akan mengalami perubahan bentuk. Akan terbentuk lekukan pada
kulit payudara dan teksturnya kelihatan dan dirasai seperti kulit buah
oren. Bentuk dan saiz payudara juga akan berubah.
Komplikasi
Dua
komplikasi utama kanser payudara ialah komplikasi setempat dan
komplikasi disebabkan perebakannya atau mengalami metastasis.
Komplikasi
setempat termasuklah pembentukan ulser pada payudara, sebagaimana yang
berlaku pada kanser payudara inflamasi dan kehadiran semula kanser
tersebut di tempat yang sama selepas pembedahan.
Metastasis
adalah satu proses di mana sel-sel kanser telah merebak ke
bahagian-bahagian lain di seluruh tubuh badan. Dalam proses ini, sel-sel
kanser telah mencerobohi saluran darah dan saluran limfa untuk memasuki
sistem peredaran darah dan limfa. Sel-sel kanser ini kemudiannya akan
bertapak di organ-organ lain dan memulakan pertumbuhan baru. Tempat
utama yang diserang melalui metastasis ini adalah tulang, hati dan
paru-paru.
Pemeriksaan Fizikal
Dalam
pemeriksaan fizikal, doktor akan memeriksa bahagian luar payudara
termasuklah di bahagian bawah lengan untuk mengenalpasti sebarang
ketumbuhan atau perubahan yang wujud. Doktor akan dapat menentukan saiz,
tekstur dan pergerakannya atau mobiliti ketumbuhan tersebut. Doktor
mungkin akan mencadangkan supaya mamogram dilakukan.
Mamografi
Mamografi
biasanya dilakukan untuk menyokong pemeriksaan fizikal kerana proses
ini mampu mengesan perubahan pada sel dan tisu payudara yang mungkin
terlalu kecil untuk dikesan melalui pemeriksaan fizikal yang menggunakan
tangan. Mamografi adalah X-ray yang menghasilkan imej payudara pada
filem. Imej yang terhasil ini dipanggil mamogram. Jika ada kawasan pada
mamogram yang mencurigakan atau tidak jelas, pemeriksaan tambahan
mungkin dijalankan.
Ultrasonografi
Ultrasonografi
menggunakan gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi untuk menentukan
sifat ketumbuhan tersebut sama ada pepejal atau berisi bendalir.
Biopsi
Biopsi
adalah ujian lanjutan bagi memeriksa tisu-tisu kanser. Sedikit sampel
tisu payudara diambil dan diperiksa menggunakan mikroskop. Terdapat dua
jenis biopsi:
• Biopsi aspirasi - menggunakan jarum untuk mengambil sebahagian kecil tisu daripada ketumbuhan di payudara.
• Biopsi pembedahan - di mana ketumbuhan atau kawasan yang disyaki dipotong dan dikeluarkan untuk diperiksa melalui mikroskop.
Peringkat-Peringkat dalam Kanser Payudara
Apabila
kanser payudara telah dikenalpasti, beberapa ujian lain akan dijalankan
untuk memastikan samada sel kanser tersebut telah merebak ke bahagian
lain. Proses ini dikenali sebagai pengkelasan. Pengkelasan dapat
membantu doktor untuk merancang rawatan yang sesuai berdasarkan
peringkat penyakit ini.
Berikut adalah pengkelasan yang digunakan untuk kanser payudara:
Karsinoma In-Situ (Kanser Setempat)
• Merupakan
kanser pada peringkat paling awal yang berlaku dalam lebih kurang 15
-20% dari semua kes kanser payudara. Pesakit yang mengalami keadaan ini
memiliki risiko sebanyak 25% untuk memperolehi kanser payudara dalam
masa 25 tahun akan datang.
• Terdapat dua jenis: kanser lobular dan kanser duktus yang masing-masing membawa risiko yang berbeza.
Peringkat I
• Ketumbuhan (tumor) berukuran kurang dari 2 sm (lebih kurang 1 inci) dan masih belum merebak keluar dari payudara.
Peringkat II
Termasuklah salah satu dari yang berikut:
• Tumor berukuran kurang dari 2 sm, tetapi telah merebak ke nodus limfa di bawah lengan
• Tumor berukuran 2-5 sm (1 - 2 inci) yang mungkin telah ataupun belum merebak ke nodus limfa di bawah lengan.
• Tumor yang berukuran lebih daripada 5 sm (lebih daripada 2 inci) tetapi masih belum merebak ke nodus limfa di bawah lengan.
Peringkat III
Peringkat ini dibahagikan kepada peringkat IIIA dan IIIB.
Peringkat IIIA merupakan salah satu daripada yang berikut :
• Tumor
yang lebih kecil daripada 5 sm dan telah merebak ke nodus limfa di
bawah lengan. Nodus limfa tersebut telah melekat sesama sendiri ataupun
melekat dengan struktur lain.
• Tumor
yang lebih besar daripada 5 sm dan telah merebak ke nodus limfa di
bawah lengan Peringkat IIIB pula terdiri dari salah satu daripada jenis
berikut:
• Tumor telah merebak ke tisu di sekitar payudara (kulit atau dinding dada, termasuklah tulang rusuk dan otot di kawasan dada)
• Tumor telah merebak ke nodus limfa, dalam dinding dada di sepanjang tulang dada.
Peringkat IV
• Tumor telah merebak ke organ-organ lain, biasanya tulang , paru-paru, hati atau otak
• Tumor telah merebak ke kulit dan nodus limfa di leher, berdekatan dengan tulang selangka.
Kanser Payudara Inflamasi
Kanser
payudara inflamasi adalah sejenis kanser payudara yang khusus dan
jarang berlaku. Payudara tersebut kelihatan seperti mengalami keradangan
disebabkan oleh warnanya yang kemerahan dan keadaannya panas. Kulit
payudara kelihatan menggerutu dan berbintil-bintil. Kanser payudara
jenis ini cepat merebak.
Kejadian Semula
Kejadian
semula ini bermaksud kanser tersebut muncul kembali setelah dirawat. Ia
mungkin tumbuh dalam payudara, tisu lembut di dada ataupun di bahagian
lain-lain dalam badan.
Rawatan Farmakologi
Kemoterapi
Kemoterapi
merupakan rawatan menggunakan dadah antikanser. Dadah ini boleh
diberikan secara intravena (disuntik ke dalam salur darah) atau secara
oral (ditelan). Dadah ini akan bergerak melalui saluran darah dan
bertindak ke atas sel-sel kanser di seluruh badan. Kemoterapi digunakan
untuk :
• Mengurangkan kemungkinan berulang semula kanser tesebut.
• Mengecutkan tumor sebelum pembedahan
• Mengawal penyakit ini apabila kanser telah didapati merebak ke tisu-tisu lain dalam badan.
Contoh-contoh
dadah antikanser yang biasa digunakan ialah Siklofosfamid, Metotreksat,
Doksirubicin. Biasanya gabungan beberapa dadah antikanser adalah lebih
berkesan dari menggunakan satu jenis dadah sahaja. Contoh kombinasi yang
digunakan ialah Siklofosfamid bersama Metotreksat dan Flurourasil
(singkatannya CMF).
Terapi hormon
Terapi
hormon melibatkan penggunan dadah anti-estrogen untuk menyekat
pertumbuhan sel-sel kanser. Estrogen adalah hormon semula jadi yang ada
pada setiap wanita. Hormon ini boleh menggalakkan pertumbuhan sel
kanser. Dadah anti-estrogen yang biasa digunakan ialah Tamoxifen. Telah
dikenalpasti bahawa status reseptor estrogen (ER+ve dan PR+ve) yang ada
pada seseorang wanita itu dalam jumlah yang tertentu boleh membantu
dalam rawatan ini.
Komplikasi dari rawatan
Pembedahan, terapi sinaran, kemoterapi dan terapi hormon mempunyai kesan sampingan masing-masing
• Kesan
sampingan pembedahan termasuklah bengkak, sakit dan keras di tempat
pembedahan. Pesakit juga mengalami kesukaran untuk menggerakan lengan
dan bahu mereka dalam masa beberapa hari selepas pembedahan.
• Kesan
sampingan kemotarapi bergantung kepada jenis dadah yang digunakan,
jumlah dadah yang diambil dan jangkamasa rawatan. Kesan sampingan
kemoterapi termasuklah pening kepala, muntah-muntah, hilang selera
makan, keguguran rambut, ketidakselesaan mulut dan gangguan kitaran
haid.
• Di
dalam terapi sinaran, sinaran bertenaga tinggi digunakan untuk membunuh
sel-sel kanser. Kesan sampingan sementara yang muncul termasuklah
payudara terasa bengkak dan berat, perubahan pada kulit tempat radiasi
ditujukan dan kelesuan.
• Di
dalam terapi hormon, kesan sampingannya berkaitan dengan pengurangan
fungsi estrogen terhadap organ reproduktif atau pembiakan wanita.
Pesakit akan mengalami pendarahan melalui faraj (yang bukan haid),
peningkatan berat badan dan gangguan emosi. Dadah-dadah jenis ini juga
boleh menyebabkan pembekuan darah dalam saluran darah terutamanya di
bahagian kaki.
Rawatan
untuk pesakit kanser payudara memerlukan pelbagai disiplin rawatan.
Setiap pesakit memerlukan lebih dari satu rawatan berikut:
• Pembedahan (membuang kanser melalui proses pembedahan)
• Terapi sinaran (radiasi) (menggunakan x-ray pada dos yang tinggi untuk memusnahkan sel-sel kanser)
• Kemoterapi (menggunakan dadah untuk membunuh sel-sel kanser)
RAWATAN BUKAN FARMAKOLOGI
Pembedahan
Pembedahan
disarankan sebagai rawatan bagi kebanyakan kanser payu dara. Pembedahan
boleh dibahagikan kepada beberapa tahap iaitu lumpektomi, prosedur
pembuangan sebahagian daripada payu dara dan mastektomi
• Lumpektomi
adalah pembedahan yang paling ringan. Ia hanya membuang tumor dan
sebahagian kecil daripada tisu di sekelilingnya. Pembedahan ini hanya
dilakukan untuk kanser peringkat permulaan sahaja
• Prosedur
membuang sebahagian dari payu dara - dijalankan untuk membuang tumor
yang lebih besar. Biasanya nodus limfa yang berdekatan juga akan dibuang
• Dalam
mastektomi, keseluruhan payu dara dibuang. Prosedur ini hanya dilakukan
apabila tumor telah merebak ke bahagian lain yang lebih jauh.
Terapi radiasi
Terapi
sinaran adalah rawatan yang tidak menyakitkan. Ia menggunakan sinar
bertenaga tinggi untuk memusnahkan sel-sel kanser. Ia biasanya
disarankan selepas lumpektomi untuk memusnahkan segala sel-sel kanser
yang masih ada bagi mengelakkan kanser tersebut berulang. Biasanya
sinaran tersebut ditujukan dari satu sumber di luar badan di bahagian
yang terlibat dengan kanser.
Pemantauan dan Langkah Berjaga-jaga
Kanser
payudara adalah penyakit yang serius dan boleh membawa maut. Dengan
mengesan awal, pesakit kanser memperolehi 95% untuk sembuh. Pengesanan
awal boleh menyelamatkan nyawa.
Apakah pemeriksaan yang diperlukan oleh seorang wanita?
Wanita
yang berumur antara 20 hingga 40 tahun perlu melakukan Pemeriksaan
Sendiri Payudara (PSP) setiap bulan dan perlu berjumpa doktor untuk
melakukan pemeriksaan payudara setiap tiga tahun. Pemeriksaan mamografi
awal perlu dilakukan apabila mencapai umur antara 35 hingga 40 tahun.
Pemeriksaan awal ini diperlukan sebagai rujukan di masa akan datang.
Mereka yang berumur lebih daripada 40 tahun perlu melakukan PSP sekali
dalam sebulan dan melakukan pemeriksaan fizikal yang kerap. Pemeriksaan
mamografi rutin perlu dijalankan setiap tahun bagi wanita yang telah
berumur 50 tahun ke atas. Wanita berumur 40 - 49 tahun perlu berjumpa
doktor untuk menentukan keperluan menjalani mamografi.
Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP)
Periksa
payudara anda 3 hari selepas haid anda berakhir atau pada hari pertama
setiap bulan jika anda sudah tiada haid. Terdapat tiga kaedah PSP yang
anda boleh pilih untuk melakukan pemeriksaan ini. Lakukan salah satu
daripada kaedah-kaedah di bawah yang anda rasa paling selesa.
Kaedah 1
Dalam kaedah ini, periksa payudara anda sewaktu berbaring dengan meninggikan bahu kanan menggunakan bantal atau tuala.
• Tekan
payudara sebelah kanan menggunakan tangan kiri dengan pergerakan
membulat dan rasakan sebarang ketumbuhan atau penebalan kulit.
• Picit puting dan kawasan di sekelilingnya perlahan-lahan dan periksa untuk memastikan kewujudan cecair jernih atau berdarah.
• Ulangi langkah-langkah yang sama pada payudara sebelah kiri
Kaedah 2
Anda perlu berdiri di hadapan cermin untuk memeriksa payudara anda menggunakan kaedah ini
• Periksa payudara anda semasa berdiri tegak, tangan diangkat ke atas, dan kemudian memeriksa payudara dengan tangan di pinggang.
• Perhatikan
sebarang perubahan dari segi saiz, bentuk, kehadiran lekukan atau
sebarang perubahan dari segi rupabentuk dan kedudukan puting. Pastikan
anda memeriksa kedua-dua belah payudara.
Kaedah 3
Dengan kaedah ini anda boleh melakukan PSP sewaktu mandi iaitu apabila kulit anda basah dan bersabun.
• Pastikan jari-jari tangan kiri anda adalah rata dan lalukannya pada payudara kanan dengan tangan kanan diangkat ke atas.
• Ulangi kaedah yang sama untuk payudara sebelah kanan
Anda
mungkin dapat mengesan beberapa perubahan atau kewujudan ketulan dalam
payudara. Kebanyakan ketumbuhan tersebut bukanlah kanser. Kadangkala
ketulan tersebut menyakitkan dan keras disebabkan kitaran haid. Cara
terbaik untuk mengesahkan ketumbuhan yang anda alami ialah dengan
merujuk kepada doktor untuk penyiasatan lanjut dan pengesahan.
Mamografi
Mamografi
bukan sahaja dianggap sebagai ujian penyiasatan bagi penyakit ini,
tetapi ia juga merupakan satu prosedur pemantauan yang penting. Ujian
mamografi rutin membolehkan kanser dikesan lebih awal. Mamografi boleh
mendatangkan faedah kepada wanita yang mengamalkannya sebagai satu ujian
penyaringan bagi kanser payudara.
• Wanita berumur 40 tahun dan lebih perlu menjalani ujian ini sekali dalam 1 hingga 2 tahun
• Wanita yang berumur lebih daripada 50 tahun perlu menjalani ujian ini setiap tahun
• Jika
doktor anda menjumpai ketumbuhan pada payudara anda, anda perlu
menjalani ujian ini secara berterusan atau berkala tanpa mengira umur
anda
Apa itu mamografi
Mamografi
ialah satu proses di mana x-ray yang menghasilkan imej payudara pada
filem atau kertas yang disalut selenium. Imej tersebut dipanggil
mamogram. Prosedur ini biasanya memperlihatkan 2 sudut bagi setiap satu
payudara.
Fungsi:
• Mamografi
boleh mengenalpasti kanser walaupun dari saiz yang kecil yang tidak
dapat dirasa oleh wanita tersebut ataupun doktor yang berpengalaman.
• Mamografi juga mampu menunjukkan perubahan lain pada tisu payudara yang merupakan tanda-tanda awal kanser payudara
• Mamogram
dasar (baseline mammogram) adalah penting sebagai garis panduan untuk
rujukan di masa akan datang. Bersama-sama dengan pemeriksaan fizikal,
mamografi telah terbukti sangat berkesan untuk menyelamatkan nyawa,
terutamanya bagi wanita yang berumur 50 tahun ke atas yang tidak
mempamerkan sebarang gejala kanser payudara.
Adakah ia selamat?
Dalam
beberapa tahun ini, jumlah sinaran yang diperlukan untuk menghasilkan
mamogram yang berkualiti tinggi telah diturunkan parasnya.
Syarat untuk mamogram
• Jika
doktor mencadangkan bahawa anda perlukan mamogram, lakukanlah dengan
segera. Di antara gejala-gejala kanser payudara yang penting adalah
perubahan bentuk atau kontur payudara, pembentukan lekukan, perubahan
pada kulit di sekeliling puting, terkeluar bendalir dari puting,
ketumbuhan atau penebalan kulit berlaku atau segala perubahan yang
dirasa tidak normal.
• Mamografi adalah amat berfaedah bagi wanita yang mengamalkannya sebagai salah satu daripada pemeriksaan kanser rutin mereka.
Prognosis
Bergantung kepada:
• Peringkat tumor
• Saiz tumor
• Bilangan nodus limfa yang terlibat
• Status reseptor estrogen
• Perkara-perkara lain
Dengan pengesanan awal, pesakit kanser payudara mempunyai 95% peluang untuk meneruskan hidup.
Pencegahan
Sebarang
faktor yang boleh meningkatkan kebarangkalian seseorang itu mendapat
kanser payudara diketahui sebagai faktor risiko. Sesetengah faktor
risiko itu boleh dikawal. Ia dikenali sebagai faktor risiko bolehubah.
Faktor risiko boleh diubahsuai termasuklah gaya
hidup seseorang seperti pengambilan alkohol, berat badan dan diet.
Menurunkan berat badan yang berlebihan boleh membantu mengurangkan
risiko kanser payudara. Senaman yang sesuai yang disertai dengan
pemakanan yang seimbang boleh membantu menurunkan berat badan. Rujuk
kepada doktor anda untuk mengetahui senaman yang paling sesuai untuk
anda. Diet yang tinggi lemak dikatakan mempunyai kaitan dengan kanser
payudara. Untuk menurunkan risiko ini, ambil makanan rendah lemak dan
tinggi kandungan seratnya. Contoh makanan yang tinggi kandungan seratnya
ialah buah-buahan dan sayur-sayuran.
Kanser
payudara boleh dirawat jika ia masih berada di peringkat awal. Untuk
mengelakkan komplikasi selanjutnya, setiap wanita perlu mengamalkan
Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP), dapatkan pemeriksaan klinikal
payudara secara tekal dan lakukan saringan mamografi pada jangka waktu
yang tetap. Saringan dan pemantauan secara tekal boleh mengesan sebarang
perubahan pada payudara dan mengelakkan kesan yang tidak diingini.
Kaedah Alternatif Pantang Larang Kanser Bagi pengidap barah payu daraLangkah pencegahan dan rawatan Alternatif Apricot Kernel Recipes
Produk Merawat Kanser 21Day Protokol
New UK slot machines for December 2021 | Bonuses, Free Spins &
ReplyDeleteNew UK 실시간 바카라 사이트 slot machines for 썬시티 December 2021. Bonuses, free spins and free 강원랜드바카라 spins. 김뿡 얼굴 Casino Reviews, casinos' ratings e sport and latest bonus codes.